Bapa Sanggup Makan Mee 7 Tahun Demi Yuran Sekolah Anak

Seorang bapa sanggup makan mee selama 7 tahun kerana ingin menyara dan memberi pendidikan sempurna kepada anaknya.

Hou Yanwei (49) adalah seorang pembersih jalanan tinggal berdua dengan anaknya, Xinxin, setelah bercerai dengan isterinya.

Menurut laporan media tempatan di China, difahamkan Xinxin yang kini berusia 11 tahun sangat menyukai aktiviti bersukan sejak berusia empat tahun.

Kanak-kanak ini telah terdaftar di Institut Pendidikan Jasmani Wuhan, di mana dia menjadi salah seorang kanak-kanak yang berbakat.

Ini adalah hasil usaha Hou yang rela tidak makan apa-apa selain mee dan roti kukus selama tujuh tahun untuk menempatkan anaknya di sekolah tersebut.

“Impian terbesar saya adalah membawa anak perempuan saya menjadi anggota pasukan nasional,” terang Hou.

Hao hanya berpendapatan2.000 yuan setiap bulan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.