Ahmad Idham Puas Hati Walaupun Kutipan Hanya RM18,840.50

KUALA LUMPUR – Filem Pencuri Hati Mr. Cinderella arahan pengarah dan pelakon, Ahmad Idham Ahmad Nadzri hanya memperoleh kutipan sebanyak RM18,840.50 selepas ditayangkan di pawagam selama 20 hari bermula 10 hingga 30 Ogos lalu.

Jumlah kutipan yang disiarkan menerusi laman web Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu baru-baru ini menunjukkan ia jauh lebih rendah berbanding kos keseluruhan pembikinan filem genre drama romantik tersebut sebanyak RM1 juta.

Keadaan itu juga menyebabkan filem itu menduduki carta antara filem tempatan dengan kutipan terburuk tahun ini.

Ahmad Idham, 43, berkata, biarpun hanya mendapat kutipan kurang daripada RM20,000, beliau tetap berpuas hati dengan sam­butan peminat terhadap filem arahannya itu.

Beliau berkata, meskipun filem arahannya gagal menarik perhatian penonton untuk ke pawagam, karya ber­kenaan tetap mendapat respons baik daripada pengamal media dan mereka yang telah menonton.

“Gagal mendapat kutipan tinggi di pawagam tidak bermakna karya tersebut mati begitu sahaja kerana terdapat platform lain untuk menyiarkannya termasuk di kaca televisyen.

“Perkara ini juga tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkarya kerana ia merupakan lumrah industri filem tempatan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.