164,000 Pelarian Myanmar Lari Ke Bangladesh

BRUSSELS – Hampir suku juta pelarian, kebanyakannya etnik Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh berikutan keganasan yang memuncak di negara itu.

Menurut AFP, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam dua minggu terakhir berkata, 164,000 kebanyakannya penduduk Rohingya telah melarikan diri ke kem-kem pelarian di Bangladesh yang semakin sesak, lapor RTM.

Sementara itu, polis di Bangladesh berkata, mereka telah menemukan 17 mayat semalam kebanyakannya kanak-kanak yang lemas ketika bot nelayan kecil yang dipenuhi dengan pelarian Rohingya tenggelam di sungai Naf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.