RoS Lulus Parti Baru Muhyiddin, Dikenali PPBM

PUTRAJAYA – Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lampu hijau diberikan kepada parti itu pada Khamis.

 

“Bagaimanapun, parti itu tidak boleh menggunakan akronim Bersatu, tetapi dikenali sebagai PPBM,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.

 

Menurut Ahmad Zahid, perkara itu disebabkan terdapat enam lagi parti politik dan organisasi mempunyai perkataan “Bersatu” pada nama pertubuhan mereka.

 

Bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan bagi mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 5 Ogos lalu.

 

Muhyiddin merupakan presiden parti itu manakala bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi PPBM. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.