Anak Angkat Mahathir Gila, Kata Chegubard

KUALA LUMPUR – “Gila betul anak angkat Mahathir ni.” Begitulah reaksi bekas ahli PKR seumur hidup Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard selepas menerima surat pemecatan dari PKR untuk kali kedua.

 

Katanya, PKR benar-benar mahukannya dipecat dari parti selepas kali terakhir notis pemberhentian diserahkan pada 26 Ogos lalu.

 

“Selepas pemecatan pada 26 Ogos, hari ini saya dipecat sekali lagi hahaha…

 

“Ni namanya pecat sampai mati. Bila tak mati akan dipecat berkali kali sampai mati.

 

“Adoi Anwar dan Muhyiddin pun kena pecat sekali je… gila betul anak angkat Mahathir ni,” katanya di laman sosial Facebooknya.

 

Badrul sebelum ini lantang mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam PKR serta kerajaan negeri Selangor dipercayai merujuk gelaran ‘anak angkat Mahathir’ kepada Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

 

Pemecatannya dari PKR sebelum ini dipertikaikan ekoran timbil isu dimana surat berkenaan dikatakan palsu ekoran Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebenarnya tidak menandatangani surat itu.

 

Namun belum selesai lagi isu tersebut, sekali lagi surat pemecatan terhadap Chegubard dikeluarkan bertarikh 6 September 2016 atas alasan yang sama. – Malaysian Digest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.