Video: Mufti Perlis Arah Pecat Imam Tak Ikut Fahaman Wahabi

Kuala Lumpur – Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Yussaine Yahya berkata Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin telah menjalankan tanggungjawabnya dengan cara yang mengelirukan umat.

 

Yussaine yang juga merupakan penceramah bebas itu menjelaskan Asri turut mengarahkan Jabatan Agama Islam, Perlis untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana imam masjid di negeri itu sekiranya enggan akur dengan amalan ibadat yang ditetapkan.

 

 

“Macam di Perlislah mufti (Asri) paksa imam-imam kena ikut dia(fahaman wahabi), (dan) mana-mana imam yang tak ikut akan dipecat semuanya.

 

“(Bila ditanya) dia kata saya tak pecat, memanglah bukan dia pecat (sebab) yang tandatangan surat pecat adalah Pengarah Jabatan Agama Islam (negeri Perlis) tapi yang cadang untuk ambil tindakan adalah dia (Asri) dalam mesyuarat majlis ” katanya ketika menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid al-Falah, di Subang Jaya, Khamis lalu.

 

Menurut Yussaine lagi sehingga kini seramai 29 imam masjid di Perlis telah disenaraikan untuk diambil tindakan.

 

“29 imam dalam senarai nak kena pecat, sebab tak ikut tatacara panduan beribadat. Apa dia tatacara beribadat mufti perlis (antaranya) Bismillah tak boleh buat, tak boleh zikir ramai-ramai, tak boleh doa ramai-ramai, sujud syukur tak boleh buat, yasin malam jumaat jangan baca, talkin arwah jangan buat dan sebagainya.

 

“Benda-benda tersebut benda wajib ke benda khilaf? Orang tak puasa kita tak ambil tindakan, orang tak puasa Isnin Khamis kita denda. Betul ke tak betul? Orang tak sembahyang Jumaat, orang tak sembahyang, orang bezina, bercampur gaul lelaki perempuan” katanya lagi.

 

Menurutnya Asri sebagai mufti seharusnya memfokuskan kepada masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin berkembang dinegeri tersebut berbanding isu kecil yang menjadi pertikaian di kalangan ulama.

 

“Dipantai Kuala Perlis tu penuh bersidai belangkas-belangkas hidup, siang malam jantan betina. Yang tak reti baca quran, yang jahil, yang Islam tidak kenal tuhan, belambak-lambak di Perlis buat apa yang duk sibuk tok imam yang buat benda-benda khilaf ni?

 

“Nak ‘bismillah’ pelan nak ‘bismillah’ kuat buatlah nak ‘bismillah’ dengar dari Kangar sampai Alor Setar pun tak apa. Tak ada masalah pun yang ada dalil belaka. Kalau benda tu disepakati ulama takpalah. Kecuali kalau tok imam tu solat subuh lapan rakaat wajib tak kena pecat? Tentulah kena pecat,” ujarnya pula.

 

Yussaine turut menasihati Asri untuk tidak bermuka-muka dalam memberikan pandangan khususnya dalam isu-isu yang disifatkan bida’ah.

 

Menurutnya, ketika ditanya dalam satu majlis Asri turut menegaskan lebih sanggup melihat masjid di negeri Perlis kosong kerana ingin melaksanakan amalan yang disifatkan sebagai sunnah. – SuaraTV

 

 

 

 

2 thoughts on “Video: Mufti Perlis Arah Pecat Imam Tak Ikut Fahaman Wahabi

  • March 11, 2016 at 3:17 pm
    Permalink

    Ustaz nie pun berjiwa kacau macam si Zamihan dan Abu Shafiq…!!!

    Reply
  • June 22, 2016 at 3:44 am
    Permalink

    pengikut maza atau rora ni tak basic mengaji ke kaffa atau fardu ai’n ke, seriously korang ni jahil murakab

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.