Video: Muslimat PAS Kata Telah Lama Hilang Kepercayaan Terhadap Azizah

Kuala Lumpur – Kewibawaan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon pengganti menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim terus dipertikaikan pemimpin PAS.

Kali ini giliran Timbalan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam pula membangkitkan kepimpinan Azizah ketika dilantik ketua pembangkang selepas pilihan raya umum 2008.

Rosni berkata, PAS ketika itu menyokong Azizah dan tidak timbul isu gender tetapi isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa hanya mampu bertahan kurang enam bulan sebelum meletakkan jawatan pada 28 Ogos.

“Apa jua alasan beliau ketika itu, rakyat telah hilang kepercayaan dan tidak dapat melihat keseriusan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik dalam melaksanakan amanah pengundi yang mengundi beliau enam bulan sebelumnya,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Rosni juga membangkitkan prestasi Azizah selepas terpilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada awal tahun ini.

“PAS khuatir jika prestasi sedemikian diteruskan, dan rakyat akan terus mempertikaikan kemampuan Pakatan melahirkan wakil rakyat dan MB yang berkaliber,” katanya lagi.

Rosni juga mendakwa PKR tidak pernah membuka ruang kepada pemimpin PAS membahaskan setiap calon yang ingin dicadangkan sebagai menteri besar sebelum ia diputuskan sebelum ini.

Muslimat PAS Wilayah Persekutuan juga berkata, sayap wanita ketiga-tiga parti dalam Pakatan harus berbincang mencari penyelesaian dan mengelakkan sengketa dengan istana dan bukan saling mengkritik dan “memfitnah”.

Sementara itu penceramah PAS, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan turut mengulanggi rayuan agar parti tidak melantik atau menyokong perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Beliau ketika menyampaikan kuliah maghrib bertajuk ’40 Hadis Pilihan’ di Masjid Sembilang Seberang Jaya, Pulau Pinang berharap agar wanita (Wan Azizah) tidak dilantik mengisi jawtaan tersebut.

Menurutnya bukan berniat untuk menperkecilkan kebolehan wanita, namun perkara tersebut telah disebut dengan jelas dalam hadis nabi Muhammad saw.

“Sebab itu ketika Tan Sri Khalid digugurkan, Majlis Syura (PAS) meletakkan dua nama, iaitu Datin Seri (Wan Azizah) disebabkan persetujuan dalam pakatan dan seorang lagi (Azmin Ali).

“Tapi ada juga pihak-pihak (PKR dan DAP) yang berkeras mahu melantik (Wan Azizah), dan menyebabkan kita sedikit kesal” katanya.

Muhammad Fawwaz turut menyeru agar ahli kariah masjid Sembilang tidak menyokong sebarang cadangan untuk mencalonkan wanita sebegai menteri besar berdasarkan hukum Islam dan hadis Nabi Muhammad saw.

Hadi dalam kenyataan sebelum ini berkata PAS menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor bukan disebabkan isu gender, tetapi keranan beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk memimpin.

Menurut Hadi, Islam telah menetapkan beberapa ciri dan syarat dalam melantik seorang pemimpin.

“Nak jadi pemimpin ini banyak syarat-syaratnya, antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan dan kelayakan untuk memimpin.

“Kalau daripada awalnya lagi dia (Wan Azizah) tidak ada kebolehan, untuk jawab pertanyaan yang dibangkitkan di dalam dewan negeri.

“Nak berdialog dalam dewan negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin (MB Selangor)” katanya.

Kenyataan Hadi iu kemudiannya turut disokong oleh Timbalan Mursyidul Am PAs, Datuk Dr Haron Din yang turut menyifatkan Azizah tidak layak untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.

 

Baca: Haron Din Turut Akui Wan Azizah Tidak Layak Pimpin Selangor

Baca: Hadi Awang Kata Wan Azizah Tidak Layak Jadi MB Selangor

Baca: Hadi Jelaskan, Wan Azizah Sebagai MB Selangor Bertentangan Dengan Hukum Islam

Baca: Petikan Penuh Penjelasan Presiden PAS, Tolak Azizah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.