Umno dah jemput semua ketua parti tapi bergantung kelapangan mereka – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno telah berbincang untuk menjemput ketua-ketua parti dalam kerajaan perpaduan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu rasmi Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024, kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kehadiran pemimpin utama parti bergantung kepada kelapangan mereka.

Tahun lepas memang kita jemput pemimpin kerajaan perpaduan.. (sama ada datang atau tidak) kita lihat kelapangan pemimpin berkenaan untuk menghadiri PAU kita, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan simposium perancangan dan pembangunan desa peringkat kebangsaan 2024, di Putrajaya, lapor FMT.

Ketika ditanya adakah jemputan rasmi sudah diedarkan kepada parti-parti berkenaan, Zahid dengan ringkas berkata: Kita telah berbincang.

PAU 2024 akan berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Tahun lalu, Anwar yang juga presiden PKR dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) hadir ke PAU, 25 tahun selepas dipecat.

Kali terakhir beliau di pentas sama ialah pada Jun 1998 selaku timbalan presiden Umno, sebelum dipecat tiga bulan kemudiannya.

Turut hadir pemimpin kanan parti sekutu dalam kerajan antaranya Loke Siew Fook (DAP), Mohamad Sabu (Amanah), dan Shafie Apdal (Warisan).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat