Sudah sampai fasa bela diri, timbalan pendakwa raya digugur maka AG kena jelaskan – Pejuang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti Pejuang menuntut Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan berkait pengguguran Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kini, tidak lagi mengendalikan kes berkenaan.

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata, Peguam Negara tidak boleh berdiam diri berpeluk tubuh.

Tegas beliau penjelasan wajib diberikan kerana rakyat memerhati dan menilai.

“Media hari ini melaporkan bahawa Raja Rozela Raja Toran, yang mengetuai pasukan Pendakwaan bagi 47 pertuduhan yang melibatkan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah digantikan dan tugasan beliau diambil alih oleh pendakwa raya yang lain.

“New Straits Times juga menyatakan bahawa cubaan mendapat penjelasan daripada Raja Rozela Raja Toran mengenai isu ini mendapat balasan pendek, “I am a public servant…I am not allowed to comment.My apologies.”

“Pelbagai isu sebelum ini yang terkait dengan kes Yayasan Akal Budi dan 47 pertuduhan kini semakin diselubungi misteri dan menimbulkan tanda tanya,” kata Rafique dalam kenyataan media pada Selasa.

Menurut beliau, kes Yayasan Akal Budi kini berada di tahap pembelaan.

“Tertuduh sendiri telahpun memberi keterangan.Namun fakta bahawa beliau kini berada dalam posisi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Umno/ Pengerusi Barisan Nasional yang menyumbang 30 Ahli Parlimen sokongan kepada kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri memungkinkan pelbagai spekulasi.

“Kemudiannya ada juga surat representasi sepanjang 200 muka surat seperti laporan akhbar yang dikatakan diutus kepada Peguam Negara oleh peguam bela Zahid dan keperluan masa untuk pihak Jabatan Peguam Negara meneliti representasi tersebut sebelum keputusan dibuat samada pertuduhan diteruskan atau sebaliknya.

“Pemulangan pasport antarabangsa Zahid walaupun sedang menghadapi 47 pertuduhan sedangkan kes belum selesai berlainan dari kebiasaannya terhadap tertuduh-tertuduh lain juga menimbulkan rasa pelik pada pelbagai pihak,” ujarnya.

Kata Rafique lagi, kuasa untuk mendakwa, memberhentikan, menangguhkan serta memulakan kembali mana-mana pertuduhan jenayah terhadap sesiapa sahaja di Malaysia ini ada di tangan Peguam Negara.

“Ini undang-undang mantap( trite law). Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan juga jelas. Ini tidak dinafikan.

“Begitu juga yang tidak boleh dinafikan adalah pasukan pendakwaan kes Yayasan Akal Budi dikemudi sebaiknya oleh Raja Rozela Raja Toran sehingga tertuduh dipanggil membela diri.

“Perbicaraan di tahap pendakwaan selama 53 hari bermula 18 November 2019 sehingga 19 Mac 2021 membabitkan 99 saksi. Kayu ukur kejayaan pasukan pendakwaan sudah tentu apabila Zahid dipanggil membela diri yakni segala elemen-elemen pertuduhan berjaya dibuktikan. Maka sekiranya begitu mengapa ketua pasukan pendakwaan digantikan? soal beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat