Surat Niat Dan Anugerah LCS Diberi Era Zahid Menteri Pertahanan, Macam Mana Boleh Tiada Kaitan? – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Letter of Intent (LOI) atau Surat Pernyataan Niat projek kapal tempur persisir (LCS) diberi pada 15 Oktober 2010 manakala
Letter of Award (LOA) atau Surat Anugerah diberi pada 16 Disember 2011 sedangkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah Menteri Pertahanan dari 10 April 2009 hingga 15 Mei 2013.

Justeru, adalah tidak logik apabila Zahid menyatakan beliau tiada kaitan dalam skandal perolehan LCS.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, bermaksud, waktu LOI dan LOA bagi LCS ini dikeluarkan, Zahid adalah Menteri Pertahanan dan seharusnya perkara ini di dalam pengetahuannya.

“Masalah kelewatan ada kaitan dengan keseluruhan proses perolehan.

“Malah bekas Panglima Tentera Laut hantar 10 surat teguran, tapi semua pimpinan utama – termasuk Datuk Seri Najib Razak, Zahid, Datuk Seri Hishammuddin Hussein – tak endah teguran,” tegas Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau malah pelik kenapa Zahid masih tak nak dikaitkan dengan skandal LCS ini?

“RM6 bilion hangus, satu kapal tak sampai. Hebat BN,” bidas beliau.

Terdahulu,Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata tidak wajar menuding kepadanya berkait isu kegagalan perolehan kapal LCS.

Kata Presiden UMNO itu, beliau bukan menteri pertahanan ketika projek itu diberikan, sebaliknya memegang portfolio berkenaan dalam tempoh April 2009 hingga Mei 2013.

Zahid menegaskan, mereka yang terbabit dalam kegagalan perolehan LCS perlu menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Saya memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013. Jadi mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Ia (bagi) menyokong penuh pendedahan kelewatan ini,” katanya.

Khamis lalu, PAC mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (Littoral Combatant Ship – LCS) bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC berkenaan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

BNS adalah anak syarikat Boustead Holdings Bhd, yang pemegang saham terbesarnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Mengulas lanjut, Zahid menjelaskan, menurut laporan audit PAC, kontrak kepada BNS dianugerahkan mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.

“Secara jelas ia tiada kaitan dengan saya, malah LTAT sendiri menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan LCS itu,” katanya turut menyatakan kesediaan memberi keterangan dan penjelasan kepada PAC berhubung isu terbabit.

Dalam laporannya sebelum ini, PAC turut memaklumkan kajian daya maju yang dilakukan kerajaan terhadap BNS untuk pembinaan lima kapal LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat itu.

Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, yang berkuat kuasa ketika itu.

LCS pertama sepatutnya dihantar pada 2019 tetapi hanya 44 peratus siap, menurut laporan PAC.

Laporan itu juga mengatakan pandangan panglima TLDM tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa siasatan dalaman juga menunjukkan sekurang-kurangnya RM890 juta telah diselewengkan daripada projek itu akibat penipuan, pertindihan kontrak dan pelbagai penyelewengan lain

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat