LCS: Siapa Bersalah Tetap Bersalah Tegas Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan sesiapa yang didapati bersalah tetap bersalah dalam isu kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (Littoral Combatant Ship – LCS) bernilai RM9 bilion.

Jelasnya, Ini dengan matlamat agar kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia dapat dipelihara, wang awam yang telah dibelanjakan dipastikan ada pulangannya dan paling utama keselamatan dan kedaulatan tanah air dapat dipelihara.

”Hari ini saya menjawab di Parlimen tentang isu #LCS di mana saya konsisten dengan jawapan saya dua hari lepas susulan laporan yang dikeluarkan PAC.

”Ini dengan matlamat agar kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia dapat dipelihara, wang awam yang telah dibelanjakan dipastikan ada pulangannya dan paling utama keselamatan dan kedaulatan tanah air dapat dipelihara.

“Berhubung salah laku dan ketirisan, saya sekali lagi tegaskan; siapa jua yang didapati bersalah tetap salah. SPRM juga telah keluarkan kenyataan bahawa siasatan terperinci sedang dibuat dan sedang dalam peringkat akhir. PAC juga telah membuat siasatan mereka dan menerbitkan laporan. Saya tiada kepentingan dalam hal ini. Saya serah kepada pihak berkuasa namun pendirian saya teguh, yang salah harus dihadapkan ke muka pengadilan.” kata Hishammuddin bagi menjawab isu LCS di Parlimen, pada Isnin.

Jelas beliau lagi, mengenai projek LCS, Kabinet telah putuskan bahawa ia akan diteruskan pada bulan April 2022.

Ini selari dengan kenyataan TLDM dua hari lepas bahawa mereka amat perlukan LCS bagi memelihara kedaulatan negara dan TLDM akui bahawa keputusan meneruskan projek LCS adalah tepat.

Mengenai tentang perancangan masa hadapan  beliau berkata proses mobilasi akan dilakukan dalam tempoh 6 bulan mendatang.

Ketika ini rundingan dengan pihak Vendor, OEM dan perbankan sedang giat dilaksanakan. Dari sinilah, langkah seterusnya akan ditetapkan.

”Fokus sekarang ialah untuk menguruskan sedaya upaya demi memastikan LCS ini dapat disiapkan dan segala isu berkaitannya dapat diselesaikan.” ujarnya.

Khamis lalu, PAC mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (Littoral Combatant Ship – LCS) bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC berkenaan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

BNS adalah anak syarikat Boustead Holdings Bhd, yang pemegang saham terbesarnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat