Artis sebar mesej perpaduan di MAHA 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menyemarak semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menjadi matlamat program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Diterajui Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, program berkenaan bertepatan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Selain itu, program Semarak Uniti Keluarga Malaysia KPN yang berlangsung antara 4 hingga 14 Ogos itu turut menampilkan barisan artis popular seperti Fattah Amin, Amira Othman, Fara Fauzana, Dina Nadzir, Zara Zya, Angeline Tan, Kencana Dewi, Mark Adam, Memey Suhaiza, Norman Hakim, Lan Solo, Syafiq Farhain, Bell Ngasri, Ismail Izzani, Datin Anne Ngasri, Anita Baharom, Rhys William, DJ Sonik dan Khairul Jamaen.

Ketua Komunikasi Korporat KPN, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, karyawan seni yang terdiri daripada artis dan selebriti media sosial akan berada di gerai pameran KPN bagi mempromosikan aktiviti serta pengisian pameran.

Halimah dan Fara Fauzana memeriahkan program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di MAHA 2022. - Foto Ihsan KPN
Halimah dan Fara Fauzana memeriahkan program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di MAHA 2022. – Foto Ihsan KPN

 

Katanya, pembabitan karyawan seni membuktikan semangat perpaduan dalam kalangan mereka sangat tinggi, selain mempromosikan bakat seni yang mampu dijadikan peranan sebagai ejen perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

“Antara perkongsian menarik membabitkan Mark Adam. Dia berasal dari Sabah akan tampil dalam sesi pertemuan untuk berkongsi keunikan masyarakat Sabah kepada pengunjung.

“Selain itu, Fattah yang juga pelakon utama dalam filem epik, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan akan turut bersama di gerai KPN sempena pameran MAHA 2022.

“Fattah akan berkongsi pengalaman ketika melakonkan watak Awang dalam filem yang mencatat sejarah perfileman sepanjang zaman apabila memperoleh kutipan lebih RM90 juta itu.

“Pelakon dan penyanyi popular ini juga berkongsi aspek perpaduan dan semangat cintakan tanah air menerusi filem yang dibintangi. Banyak perkongsian artis dalam program Semarak Uniti Keluarga Malaysia KPN,” katanya kepada BH Online.

 

Dina Nadzir dan barisan penyanyi kebudayaan yang memeriahkan MAHA 2022. - Foto Ihsan KPN
Dina Nadzir dan barisan penyanyi kebudayaan yang memeriahkan MAHA 2022. – Foto Ihsan KPN

 

Penampilan barisan artis boleh ditonton secara langsung menerusi laman Facebook KPN, https://www.facebook.com/PerpaduanNegara.

Tengku Khalidah berkata, pembabitan artis dan selebriti media sosial akan dapat membantu mempromosi program Semarak Uniti Keluarga Malaysia yang menjadi platform integrasi, sekali gus, mengeratkan jalinan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum bermula dari peringkat akar umbi.

“Inilah pendekatan ditekankan KPN bagi memastikan program perpaduan dapat didengari, dilihat dan dirasai seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.

Antara aktiviti menarik, termasuk pameran projek Ekonomi KRT seperti pertanian dan penternakan akuaponik, hidroponik, tanaman pasu dan pameran produk keluaran KRT seperti sos cili warisan, kerepek, mini popia, sambal hitam, madu kelulut serta pop corn.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat