MB Perak Adakan Kunjung Hormat Ke Rumah Hadi Awang

- Advertisement -

Cyberjaya – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengadakan kunjung hormat ke rumah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di Marang Terengganu sebentar tadi.

Kehadiran Ahmad Faizal bersama rombongannya disambut mesra oleh Abdul Hadi sebelum dijamu dengan jamuan makan pagi.

“Hanya kunjungan biasa bagi mengeratkan hubungan ukhwah antara satu sama lain,” ujar Herman Haassan ringkas di laman Facebooknya.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dijadualkan akan merasmikan Mesyuarat (Berkompok) Bahagian-Bahagian Bersatu Negeri Terengganu petang ini.

Terdahulu Ahmad Faizal menasihati ahli parti itu agar tidak terburu-buru menubuhkan sebuah parti politik yang baharu.

“Saya secara peribadi, jika benar parti baharu mahu ditubuhkan bersama Tun (Dr Mahathir Mohamad) saya rasa sedih kerana mereka sebenarnya boleh berjuang di dalam Bersatu yang ditubuhkan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Saya khuatir ada pihak yang mahu ambil kesempatan untuk menjatuhkan beliau (Dr Mahathir) dan kalau mahu bersama mereka (menubuhkan parti baharu) saya rasa sedih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Bahagian-Bahagian (Berkelompok) Bersatu Negeri Kelantan pada Jumaat.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat