HTC Wildfire E2 Diumumkan Dengan Cip MediaTek Helio P22, Harga Mampu Milik

- Advertisement -

HTC secara senyap telah mengumumkan telefon pintar baru iaitu HTC Wildfire E2 di Rusia. Ia merupakan salah satu model mampu milik yang dilengkapi dengan skrin HD+, prestasi cipset yang sederhana dan dua kamera belakang.

HTC Wildfire E2 hadir dengan binaan polikarbonat yang hadir dengan paparan LCD IPS 6.2 inci berserta resolusi HD+ 720 x 1560 pixel. Wildfire E2 mempunyai kamera selfie 8 megapixel serta dua kamera di bahagian belakang dengan sensor utama 16-megapixel dan lensa 2-megapixel kamera bokeh.

Di bahagian dalamnya, Wildfire E2 dikuasakan oleh cipset Mediatek Helio P22 (12 nm) dengan 4 GB RAM dan storan dalaman 64 GB. Peranti ini juga dilengkapi dengan slot SIM hibrid untuk menambahkan kad microSD.

HTC Wildfire E2 juga memiliki bateri dengan kapasiti 4000mAh yang menyokong pengecas 10W. Dengan pengecasan penuh, telefon ini menawarkan waktu berbual sehingga 20 jam, mainan muzik selama 25 jam, dan mainan video selama 6 jam. Fungsi lain yang terdapat pada peranti ini termasuk pengimbas cap jari yang dipasang di belakang, slot dual SIM, 4G VoLTE, Wi-Fi, Bluetooth, GPS, microUSB, radio FM, dan bicu audio 3.5mm.

HTC Wildfire E22 dijual untuk pasaran Rusia dengan harga RUB 9,990 (Sekitar RM599). Telefon ini terdapat dalam dua warna seperti hitam dan biru dan buat masa ini tiada maklumat sama ada peranti ini akan dijual diluar Rusia atau tidak.

MesraMobile.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat