Faiz Qayyum: Anak Muda Liar Menjadi Aktivis Masyarakat

- Advertisement -

Setiap insan mempunyai jalan cerita kehidupannya. Ada yang berjaya, ada yang gagal. Begitulah juga perjalanan hidup anak muda yang bernama Faiz Qayyum bin Abd Majid, Onak duri kehidupannya menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia khususnya golongan muda, Keluarganya yang penuh dengan berantakan, pandangan masyarakat yang memandang sinis terhadap kehidupan liarnya ketika zaman persekolahan dan remajanya bukanlah alasan untuk dia mengalah atau membenci dirinya sendiri.

Aktiviti sukarela yang dia ikuti dan rancangkan mengubah cara berfikir, gaya hidupnya berbanding ketika di usia remaja.

Wakil SuaraTV sempat meneruramah beliau untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan hidupnya.

Menceritakan dirinya pada awal remaja, Faiz bukanlah seorang pelajar yang boleh dikategorikan cemerlang. Nakalnya di sekolah yang suka ponteng, bergaduh, ambil ganja dan pernah minum minuman keras membuatkan anak muda ini leka dengan dunia remaja dan persekolahannya. Diakhir tingkatan 5, dia tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selepas menghabiskan persekolahan, dia hilang punca memikirkan masa depannya. Tetapi itu bukanlah alasan untuk putus harapan katanya. Suatu hari, dia menerima satu mesej di laman sosial dari sebuah badan kebajikan di Chow Kit memerlukan khidmat sukarelawan untuk membawa kanak-kanak “high risk children” yang tinggal dikawasan Chow Kit menonton teater di KL PAC.

“Saya terus hubungi Penyelaras badan kebajikan tersebut dan mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk mengikuti program yang diwar-warkan tersebut, walaupun dirinya langsung tidak ada pengetahuan berkaitan kerja sukarela, katanya lagi.

Dari program itulah bermula episod baru kehidupan Faiz. Terdetik dihatinya untuk lebih serius dalam dunia aktiviti sukarela ini. Langkah pertama dia buat ialah mendapatkan pengetahuan berkaitan menjadi seorang sukarelawan. Dia perlu mengikuti kursus asas sukarelawan.

Usaha dia berjaya, pada tahun 2011 selama dua hari dia mengikuti kursus asas kesukarelawanan yang dikendalikan oleh sebuah Yayasan dimana fokusnya menjalankan aktiviti dan mempromosi semangat kesukarelawanan dikalangan rakyat Malaysia. Di Yayasan tersebut Faiz juga mendapat sokongan moral dari sukarelawan-sukarelawan lain yang banyak memberi semangat, nasihat dan inspirasi kepada dirinya.

Anak muda ini sangat aktif mengikuti berbagai aktiviti sukarela yang dianjurkan oleh Yayasan atau NGO lain. Disitulah dia mengumpul pengalaman, pengetahuan, kemahiran untuk bekalan dirinya nanti. Aktiviti yang berkaitan alam sekitar, anak yatim, rumah kebajikan warga emas, gelandangan, anak-anak terbiar, orang asli menjadi rutin mingguan Faiz. Dia menghabiskan masanya hari minggunya kepada aktiviti-aktiviti kerja amal.

Bukan setakat diperingkat nasional sahaja, Faiz mencabar dirinya sendiri untuk meluaskan skop kerja sukarelanya diperingkat antarabangsa. Pada tahun 2017 “Misi Mafraq, Jordan” telah berjaya anak muda ini lakukan dengan jayanya, dengan bantuan sebuah badan bukan kerajaan dan personaliti terkenal Faizal Tahir (Iamfaithmen) , Misi Jordan adalah untuk membantu pelarian Syria yang memerlukan bantuan. Disamping melakukan aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak disana.

Bukan setakat Misi Mafraq Jordan, anak muda ini terus melangkah dengan yakin diperingkat antarabangsa seperti #Revisitbangladesh 2018, #Ohana ke Acheh 2018, #Misi dapur Sulawesi 2018 dan lain-lain lagi.

Selama 2 minggu di Bangladesh aktiviti yang dijalankan adalah seperti membeli barangan asas anak-anak Rohingya, mengajar buat tuala wanita yang boleh dicuci kembali, membekalkan alat tulis, alatan kebersihan, meja kerusi untuk Madrasah. Misi ke Palu yang ketika itu dilanda tsunami, Faiz dan rakan-rakan sukarelawannya melakukan aktiviti “art therapy” untuk anak-anak mangsa tsnunami dan disamping aktiviti memasak untuk mangsa-mangsa tsunami disana.

Tahun 2019 adalah tahun yang memilukan bagi diri Faiz dan keluarganya, bertahun-tahun sumber inspirasinya pergi meninggalkan dia dan lain-lain. Arwah ibunya seorang pesakit kanser akhirnya pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Atas pengalaman sedih itulah, Faiz telah melaksanakan program kesedaran tentang kanser dan menyokong pejuang kanser. ianya berjaya dilaksanakan ketika PKP lepas. Projek ini mendapat sokongan daripada artis Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Sherry Al-Hadad dan Hana Ismail. Projek ini juga mendapat Kerjasama yang baik daripada Institut Kanser Negara.

Projek terbaru yang anak muda ini tengah laksanakan ialah “Kembara Buat Baik’ yang mana buat masa ini telah berjaya dilaksanakan di Terengganu, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Johor, dan Kawasan Lembah Klang. Tujuannya satu iaitu untuk mempromosi semangat kesukarelawanan dikalangan anak-anak muda. Projek ini akan diperluaskan di negeri-negeri yang belum dilawati, katanya.

Buat masa ini, Faiz telah menerima Anugerah daripada Yayasan Salam Malaysia untuk kategori Anugerah Kepimpinan 2016, “Gold Award 2017”, dan Anugerah Hero GEMA.

“Satu pengalaman yang saya takkan lupa disepanjang bergiat aktif dalam bidang sukarelawan, saya melihat anak-anak “high risk children” yang tinggal di Chow Kit berusaha keluar dari kepompong negatif dengan usaha mereka. saya kerap memikirkan, mereka adalah bakal penyambung legasi dan bakal peneraju negara, seharusnya dan wajib kita bantu mereka” kata Faiz.

Lebih membanggakan anak muda ini telah diberi peluang berkongsi pengalamannya di saluran tv, radio dan forum-forum yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, NGO-NGO. Beliau sempat menulis kisah dirinya dalam buku “Hanya Senyummu Yang Terlihat” terbitan Iman Publication.

-SuaraTV-

 

 

 

 

 

 

 

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat