Disukai Pencinta Kucing, Animasi ‘Cubic Cats’ Dari Malaysia Ini Bakal Ditayangkan Di TV Luar Negara

- Advertisement -

Bermula di Instagram kemudian ke Facebook dan kini ke YouTube, siri animasi Cubic Cats pasti akan menghiburkan anda ketika waktu terluang. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi juga dewasa akan terhibur dengan gelagat Kak Ti bersama empat ekor kucing miliknya.

Bagi anda yang baru pertama kali mendengar nama siri animasi Cubic Cats ini, ia merupakan konten menghiburkan dihasilkan oleh Animatic Studios. Kami, team The Vocket menemu bual insan disebalik siri animasi Cubic Cats ini iaitu Karimah Rahman. Menurut Karimah Rahman, Animatic Studios telah ditubuhkan bersama abangnya, Abdul Khafie.

G_01

Untuk pengetahuan anda, Animatic Studios merupakan syarikat ‘creative content creator’ dan mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun serta mempunyai kepakaran dalam menghasilkan 2D & 3D animasi, visual effectsmotion graphics dan branding.

Mengimbau kembali perjalanan Cubic Cats dalam industri bermula apabila projek mereka dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori siri animasi Pertandingan Intellectual Property Creator’s Challenge yang dianjurkan oleh MDEC pada tahun 2017.

G_06

Tercetusnya idea untuk menghasilkan animasi yang ketengahkan kucing sebagai watak utama adalah berkisahkan tentang pengalaman mereka bersama kucing-kucing mereka di rumah dan juga pejabat.

Menurut Karimah, mereka merupakan peminat dan pencinta tegar kucing. Sikap kucing-kucing yang unik seperti berada di dunia mereka sendiri, manja, dan banyak lagi menjadi antara sebab utama watak kucing dipilih.

G_04

Sejak kemunculan Cubic Cats dalam industri telah menerima maklum balas positif dari pelbagai pihak termasuklah dari syarikat-syarikat TV antarabangsa. Walaupun Cubic Cats masih belum ditayangkan di TV, tetapi siri animasi ini telah berjaya mendapat tempat dalam hati pencinta-pencinta kucing menerusi komik dan klip-klip animasi pada setiap minggu.

Sebuah video berdurasi 3 minit mengambil masa sebulan untuk dihasilkan kerana prosesnya yang teliti dan perlu 3D render dalam 2D. Sebut tentang cabaran dalam penghasilan siri animasi ini, tidak memiliki spesifikasi komputer yang kuat merupakan cabaran terbesar mereka.

G_02

Menurut Karimah, siri animasi Cubic Cats bakal ditayangkan pada tahun 2022 dan ketika ini pihak mereka sedang aktif untuk siapkan animasi tersebut. Malah, beberapa saluran seperti Muslim Kids TV dari Canada, Cumulus TV dari China dan RTM dari Malaysia telah mula menempah untuk meletakkan animasi ini di saluran mereka.

Akhir kata, Karimah melihat Cubic Cats ini lebih daripada sebuah animasi. Baginya, Cubic Cats ini adalah satu jenama dan berharap jenama ini akan berkembang dengan lebih besar di dalam Malaysia dan juga di luar negara.

Sama-sama kita nantikan siri animasi ini ditayangkan secara rasmi kelak. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh anak Malaysia untuk memajukan lagi industri seni. Selamat maju jaya!

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat