DAP Lancar Kempen Tabung Derma Untuk Guan Eng

- Advertisement -

Cyberjaya – DAP melancarkan kempen tabung derma bagi membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke atas Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng

Setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua Kiam Wee berkata, tabung derma RM10 semingngu berkenaan bertujuan untuk membayar jumlah wang ikat jamin sebanyak RM1 juta.

“Kami melancarkan kempen tabung RM10 seminggu untuk membayar wang ikat jamin Lim dan membayar balik jumlah yang kami pinjam.

“Kami percaya rakyat Malaysia akan menyokong kebaikan bagi memastikan keadilan tertegak,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Damansara itu mendakwa, DAP telah meminjam wang sebanyak RM500,00 daripada penyokong parti bagi membayar wang ikat jamin manakala bakinya perlu dibayar pada Isnin.

“Kami telah membayar RM500,000 kepada mahkamah dengan menggunakan dana yang dipinjam daripada penyokong. Kami perlu membayar RM500,000 lagi pada Isnin.

“Ini bukanlah kali pertama Guan Eng perlu berdepan pertuduhan yang dibuat-buat oleh pihak berkuasa di mahkamah,” ujarnya lagi.

Menurut Tony lagi, baki derma yang yang diterima pula akan digunakan ketika pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Semalam Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Zarul merupakan pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24.

Akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu Guan Eng turut menghadapi pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Bagaimanapun pada 3 Sept 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskannya daripada pertuduhan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat