ADUN Jeram Turunkan Logo Bersatu, Simbolik Keluar Parti

- Advertisement -

Cyberjaya – Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Shaid Rosli menurunkan logo parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai simbolik keluar dari parti tersebut sebentar tadi.

Tindakan itu bagi menunjukkan dia secara rasmi menjadi ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya bersama jawatankuasa bahagian, ketua cawangan dan majoriti ahli PPBM Kuala Selangor mengambil keputusan untuk keluar PPBM dan menjadi ADUN serta ahli Bebas.

“Kami merasakan perjuangan asal parti ini tersasar daripada objektif asal untuk melawan kerajaan kleptokrasi dan menjadikan PPBM sebagai wadah perjuangan bagi orang Melayu,” katanya.

Terdahulu Mahathir memaklumkan terdapat tiga ADUN dari Selangor akan turut bersamanya dalam parti baharu yang akan ditubuhkan.

Mereka yang akan menyertai parti itu adalah ADUN Kuang, Salehuddin Amiruddin, ADUN Batang Kali Harumaini Omar dan ADUN Jeram Shaid Rosli.

Mahathir pada Jumaat, mengumumkan penubuhan parti baharunya itu bakal menjadi sebuah parti moderat dan inklusif.

Dia turut mendakwa mendakwa bahawa UMNO, PAS dan PPBM telah tersasar daripada perjuangan asal mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat