Dulu Dr Mahathir Kata DAP Musuh Islam dan Melayu – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Najib Razak malam tadi berkongsi cerita tentang “mesej” untuknya daripada penembak hendap di ibu pejabat Umno Pekan sebelum pilihan raya umum ke-14.

Beliau berkata “mesej” tersebut dihantar menerusi tingkap pejabatnya menggunakan senapang jarak jauh pada jarak 200 meter.

Sehingga hari ini pengirim peluru itu masih bebas.

“Setahun lebih sebelum PRU ada penembak tepat kirim peluru ke bilik saya di Umno Pekan,” katanya kepada kira-kira 200 hadirin di program bual bicara anjuran Umno di ibu pejabat parti itu malam tadi.

“Dia hendak hantar mesej kepada saya, sedangkan tahu saya tidak ada di sana,” tambahnya.

Cerita luar biasa itu dikongsikan ketika dia ditanya tentang perubahan pendekatan politiknya sebelum dan selepas PRU-14.

Najib akui orang mengatakan dia kini lain berbanding ketika memegang jawatan kerajaan.

“Ada protokol yang perlu saya ikuti. Saya dikongkong seolah-olah ada pagar mengelilingi saya, sedangkan itu bukanlah kehendak saya.

“Sekarang ini tidak mengapa, hendak letak tangan atas bahu pun tidak ada masalah,” katanya.

Diminta mengulas kerjasama antara bekas presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad dengan pihak-pihak yang memusuhi parti Melayu itu seperti Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP, Najib menjawab: “Matlamat menghalalkan cara”.

“Kalau tengok sejarah, apa yang dia tidak katakan kepada Anwar dulu? Sewaktu saya Pemuda Umno, setiap kali kursus anjuran parti sebahagian besar ucapannya ditujukan kepada DAP.

“Dia kata parti itu musuh Islam dan Melayu. Kita ada rakaman ucapan dia. Namun apa dia buat ketika ini?” katanya.

Najib berkata dia sendiri tidak sanggup berpura-pura untuk bersama DAP.

Ditanya kenapa dia sebelum ini tidak menggunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk menyekat Mahathir, Najib menjawab: “Keadilan”.

“Kalau saya hendak sabitkan kesalahan mesti ada bukti yang jelas. Jangan heret dia ke mahkamah kerana hendak malukan dia,” katanya. – FMT

One thought on “Dulu Dr Mahathir Kata DAP Musuh Islam dan Melayu – Najib

  • August 10, 2019 at 12:37 am
    Permalink

    Sebenarnya takde masalah…cara dan prinsip mendidik serta cara pemikiran yg benar membentuk semua kaum hidup dalam suasana lebih harmoni…tp malangnya zaman bn Dap selalu di anggap mcm jahat….walaupun ada yg betul tapi adakah anda bersedia semuanya menjadi baik boleh diterima dan boleh hidup tanpa bercakaran??. Manusia tetap mcm mamusialah ..ada heran ke?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.