PRK Balakong dan Seri Setia Diadakan Serentak 8 September Ini – SPR

PUTRAJAYA – Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Balakong akan diadakan serentak pada 8 September ini.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Othman Mahmood, SPR menetapkan penamaan calon buat PRK Seri Setia pada 18 Ogos, dengan tempoh berkempen berlangsung selama 21 hari.

SPR turut menetapkan 4 September bagi hari mengundi awal.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.

Bagi permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka dan tarikh permohonan adalah pada 8 Ogos dan tarikh turup pada 18 Ogos.

SPR telah melantik Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Aziz Mohd Zain sebagai Pegawai Pengurus PRK DUN Seri Setia.

SPR akan menggunakan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

Ddaftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK Seri Setia menggunakan data Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemas kini sehingga 2 Ogos lalu.

Daftar pemilih tersebut mengandungi 53,492 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 50,692 pemilih biasa, 2,770 pengundi awal dan 30 pengundi tidak hadir luar negara.

Bagi DUN Balakong, daftar pemilih mengandungi 62,219 pemilih pendaftar yang terdiri dari 62,160 pemilih biasa, 31 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.

Pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka di www.spr.gov.my atau menelefon ke talian 03-8892-7018 atau melalui SMS 15888 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

PRK DUN Balakong diadakan susulan kematian penyandangnya Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan di kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai.

Kerusi DUN Seri Setia pula kosong selepas penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia akibat barah usus pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Allahyarham Shaharuddin menang kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff; calon Pas, Mohd Ghazali Daud dan calon Bebas, S Vigneswaran. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.