Exco P.Pinang Pertikai Tindakan Turun Foto Aktivis LGBT

GEORGE TOWN — Tidak perlu turunkan foto aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada pameran, kata exco negeri.

Mengulas foto Nisha Ayub dan Pang Khee Teik, Chong Eng menasihati penganjur supaya memaparkan personaliti mereka berdasarkan pencapaian.

“Disebabkan anda lelaki, anda didiskriminasi, ini tidak betul. Sebab anda seorang wanita anda didiskriminasi, ini tidak betul,” katanya.

“Sebab anda trangender, tidak wajar didiskriminasi juga.”

Chong, exco wanita dan gender Pulau Pinang, berkata boleh memaparkan kualiti lain yang mereka ada golongan LGBT.

“Kita perlu menghormati perbezaan sama ada transgender atau apa sahaja orientasi seks. Ia soal peribadi dan perlu dihormati,” katanya.

Foto Nisha dan Pang, dan 26 lagi personaliti seperti Lim Kit Siang dan Siti Kasim, dimasukkan dalam pameran “Stripes and Strokes”.

Ia adakan sempena Festival George Town antara 4 Ogos hingga 2 September.

Sementara itu, menteri hal-ehwal agama mengaku meminta kerajaan negeri menurunkan foto aktivis LGBT tersebut.

Datuk Mujahid Yusof Rawa mengesahkan tindakan kontroversi itu setelah mengetahui pameran di negeri itu “mempromosi” golongan LGBT.

“Saya dimaklumkan ada pameran yang menunjukkan foto aktivis LGBT dengan logo [bendera] pelangi. Ia dibuat di galeri awam,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Saya menghubungi kerajaan negeri untuk semak sama ada dakwaan itu benar. Ia tidak sejajar dengan dasar kerajaan seperti saya tegaskan di Parlimen.” – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.