Video: RCI – Permohonan Peguam Mahathir Dan Anwar Ditolak

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada akhir 1980-an dan 1990-an, hari ini menolak permohonan para peguam yang meminta dua daripada ahli panel suruhanjaya berkenaan untuk menarik diri daripada siasatan.

Permohonan yang dikemukakan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan peguam R. Sivarasah mewakili bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ditolak oleh Pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Ia dilakukan selepas perbincangan dengan empat ahli panel yang lain, atas alasan bahawa mereka sudah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.