Video: Cukai Pelancongan Dilaksana Apabila Kastam Bersedia – Nazri

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata cukai pelancongan hanya akan dilaksanakan apabila kastam sudah bersedia mengutip cukai itu.

“Bila membabitkan pungutan (cukai) ia adalah Kastam, bukan kami (Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan). Bulan ini kita buat pendaftaran”, katanya.

Namun tambahnya, kerajaan memutuskan bahawa cukai pelancongan akan berkuat kuasa secara rasmi pada 1 Sept ini.

Beliau berkata pelancong warga tempatan dan pemastautin tetap dikecualikan daripada membayar cukai pelancongan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.