Jangan Tunggu Lama Lama Fasha

KEHADIRAN Fasha Sandha bersama seorang jejaka di majlis perkahwinan pelakon Ummi Nazeera, Sabtu lalu menimbulkan pertanyaan sama ada lelaki itu adalah kekasih kepada bintang popular itu.

Tindakan Fasha, 33, memuatnaik dua gambarnya bersama lelaki bernama Mukhlis Rosdi itu di Instagram pada hari sama seolah-olah mengiakan spekulasi itu.

Sehubungan itu, ramai pengikut memuji Fasha dan lelaki itu sepadan, tidak kurang ada yang mendoakan kebahagiaan pelakon terbabit.

Bagaimanapun, Fasha ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp hari ini belum bersedia untuk berkongsi apa-apa maklumat mengenai lelaki itu.

Minggu lalu, pelakon drama bersiri Lara Aishah ini memberitahu Harian Metro dia kini berkawan dengan seorang jejaka dan mengakui sedang melalui fasa bahagia.

Menurut Fasha, walaupun tempoh perkenalan belum setahun, lelaki terbabit sudah mula meluahkan rasa rindu.

Paling penting, dia juga menerima Fasha dan dua anak seadanya.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!