Ajak Shiro Rindu Urus Jenazah

“Saya kadang kala jadi ‘rindu’ nak uruskan jenazah. Sesekali bila balik kampung, saya akan buat,” kata Ajak Shiro yang mempunyai hati yang cukup cekal dan berani kerana sering membantu bapa mertuanya dalam menguruskan hal Jenazah.

Menurut Ajak, dia mengambil masa dua tahun untuk benar-benar berani untuk memikul tanggungjawb tersebut sepenuhnya dan akhirnya dia sudah biasakan diri.

Malah ketika itu dia hanya dibenarkan menguruskan di bahagian kaki sahaja kerana masih ada perasaan takut dan kurang mahir dalam bab sebegini.

“Tapi lama-kelamaan daripada membasuh di bahagian kaki, saya mendapat kepercayaan bapa mentua untuk membantunya memandikan jenazah secara menyeluruh,” kongsi Ajak.

Ajak juga memberi tahu, bapa mentuanya itu akan memaklumkan terlebih dahulu keadaan jenazah tersebut seperti mana untuk mengelakkan dia terkejut dan bimbang jika teraibkan keluarga jenazah.

“Misalnya ada jenazah yang mengalami kemalangan jalan raya dan pecah di bahagian kepala, awal-awal lagi bapa mentua saya berpesan mengenai keadaan jenazah itu.

“Kalau tidak diberitahu awal, bimbang juga saya terkejut dan mengaibkan keluarga jenazah nanti,” kongsinya lagi.

Dalam masa yang sama, Ajak juga ada berkongsi bapa mertuanya turut mengubah suai sebuah van menjadi sebuah van jenazah yang mempunyai segala kelengkapan termasuk bekalan air yang cecukupnya mengikut hukum syarak dan syariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.