Wayang Kulit Di Publika KL Ahad Ini

Kuala Lumpur – Wargakota berpeluang menyaksikan satu persembahan percuma wayang kulit Kelantan di Black Box, Publika, Solaris Dutamas di sini Ahad ini pada jam 8.30 malam.

 

Seni budaya turun-temurun itu akan dipersembahkan selama sejam oleh Kumpulan Sri Warisan Pusaka dari Machang, Kelantan.

 

Sebelum itu, pada jam 6 petang, pengasas Yayasan Pusaka, Eddin Khoo, akan memberi syarahan tentang penglibatan beliau dalam wayang kulit bersama masyarakat tempatan di Kelantan, di tempat yang sama.

 

Persembahan kali ini adalah sempena ulang tahun ke-10 pemergian wira seni negara, Abdullah Ibrahim, yang lebih dikenali dengan nama Dalang Dolah Baju Merah, tokoh wayang kulit Kelantan.

 

Tok Dalang Nawi yang merupakan anak didik Pak Dolah kini menerajui kumpulan tersebut bersama ketua pemuzik, Abdul Rahman Dollah.

 

Kumpulan Sri Warisan Pusaka merupakan usaha meneruskan legasi tokoh seni budaya Kelantan tersebut. Kumpulan ini baru saja pulang daripada jelajah seni di Amerika Syarikat. Antara persembahan mereka adalah di Asia Society, Rialto Theatre dan di Philips Centre, University of Florida.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.