Video : ‘Spiderman’ Bergaduh Dengan Gangster Jalanan

New York – Satu rakaman video menunjukkan ‘Spiderman’ bertindak menyelamatkan seorang lelaki daripada dibuli seorang pembuli jalanan menjadi viral di media sosial, baru-baru ini.

 

Memetik laporan New York Daily,  pembuli jalanan tersebut dilaporkan sering kali mengusik penghibur jalanan, pelancong dan pejalan kaki yang lalu lalang di sekitar Times Square, New York.

 

 

Susulan kejadian itu, ‘Spiderman’ yang ketika itu berada di tempat kejadian merasa ia adalah tangungjawabnya untuk menyelamatkan mangsa buli di mana dia melawan balik pembuli tersebut di hadapan kedai mainan Toys ‘R’ Us di sini.

 

Dalam rakaman video berdurasi 31 saat itu, ‘Spiderman’ tersebut dilihat melawan balik pembuli itu dengan menumbuk secara bertubi-tubi sebelum menjatuhnya ke lantai.

 

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang saksi, Geoff Goldberg dengan menggunakan telefon bimbitnya.

 

“Lelaki (pembuli) ini sering kali mengganggu penghibur jalanan yang memakai kostum watak-watak popular.

 

“Ini bukan kali pertama dia buat perangai macam ini, ”katanya kepada New York Daily.

 

Orang ramai dapat didengar bersorak apabila ‘Spiderman’ berjaya ‘mengalahkan’ pembuli tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.