Tiga Maut Kereta Api Rempuh Kereta Di Lintasan

Rennes – Perancis: Tiga orang maut apabila kereta api merempuh sebuah kereta di lintasan kereta api di Normandy, barat daya negara ini, kata pegawai hari ini.

 

Tiga mangsa berkenaan berada dalam kereta ‘yang berhenti di tengah landasan’ di Conde-sur-Huisne, wilayah Orne sebelum dirempuh kereta api yang menuju ke Paris pada kira-kira jam 8.22 malam waktu tempatan.

 

Sementara itu, seorang wanita berjaya menyelamatkan diri dari kenderaan sebelum ia dirempuh dan “diheret sejauh beberapa ratus meter” di atas landasan akibat rempuhan berkenaan.

 

Kesemua 34 penumpang kereta api terbabit yang berlepas dari Le Mans ke Paris tidak mengalami kecederaan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.