Si Won Selesa Hidup Seperti Atlet Berbasikal

Bintang terkenal Choi Si Won mengaku dirinya seorang yang sangat optimis untuk mencapai kesempurnaan, sama seperti watak yang dilakonkan dalam filem terbaharu, To The Fore.

 

Anggota kumpulan popular Korea, Super Junior (SuJu), ini juga menyifatkan penunggang basikal profesional merupakan ahli sukan yang sangat menakjubkan.

 

“Mereka (atlet berbasikal) mempunyai semangat yang kuat, dan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk mencapai kemenangan. Mereka sememangnya menakjubkan.

 

“Saya memainkan watak yang berkongsi beberapa persamaan dari segi personaliti yang mana saya sendiri juga adalah seorang yang berusaha untuk mencapai kesempurnaan dan sesuatu yang saya mahukan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan RAM Entertainment.

 

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran, Siwon berkata watak kali ini sangat mencabar selain dia perlu benar-benar menjalani kehidupan sama sepertimana seorang atlit sukan berbasikal.

 

Malahan setiap hari penggambaran dia harus bersedia seawal jam 3.30 pagi.

 

“Semasa penggambaran, saya dan barisan pelakon lain dikehendak mematuhi arahan jurulatih dan menghafal setiap pelajaran yabg diajar.

 

“Setiap hari “call time” kami seawal.jam 3.30-4.00 pagi. Namun bagi saya, berbasikal bukanlah satu sukan yang sangat menyeksakan. Sebaliknya mendidik diri agar bersifat kerjasama

 

“Filem ini adalah sangat realistik, oleh itu, kami para pelakon perlu membiasakan diri dengan tabiat dan kaedah penunggang basikal sebenar supaya apabila penggambaran dijalankan, filem akan serupa dengan perlumbaan berbasikal sebenar.

 

“Selepas tamat penggambaran filem ini, saya lebih biasa dengan kehidupan seorang pelumba profesional,” katanya yang memengang watak sebagai atlit yang memainkan peranan sebagai posisi pelumba pecut.

 

To The Fore  adalah sebuah filem bertemakan sukan berbasikal yang penuh dengan rintangan,  keberanian, cabaran gentir, drama dan air mata yang diharungi oleh pesaing-pesaing berbasikal profesional dalam  dunia sukan perlumbaan basikal.

 

Filem ini memaparkan aksi-aksi lasak sukan berbasikal yang mendebarkan dan himpunan terbesar di dunia. Ianya  pasti diminati para penonton sama ada anda peminat sukan berbasikal atau pun para peminat filem.

 

Selain Si Won, To The Fore turut membintangi karya ini ialah Eddie Peng, Shawn Dou dan Luodan Wang.

 

To The Fore ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.