Search Nafi Abaikan Yazid

Kumpulan Search terpaksa akur dengan pandangan segelintir masyarakat yang masih menganggap mereka mengabaikan pemain dram kumpulan itu, Yazid Ahmad, 52, yang menderita akibat kegagalan buah pinggang.

 

Pemain besnya, Nasir Daud berkata, ahli-ahli Search bersikap terbuka dan tidak kisah dengan pandangan tersebut walaupun pada hakikatnya mereka mengambil berat terhadap penyakit yang dilalui Yazid itu.

 

“Setiap kali Yazid sakit, kami dituduh mengabaikan dia. Tahun lepas pun isu sama juga timbul.

 

“Sedangkan orang ramai tidak tahu, kami begitu prihatin terhadapnya. Malah wang persembahan yang kami terima, walaupun persembahan berlangsung tanpanya, kami tetap beri (diagihkan kepada lima orang) kerana dia adalah ahli kami.

 

Dalam pada itu, vokalisnya, Amy berkata, dia bersyukur apabila ramai pihak yang cuba membantu Yazid dengan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepadanya.

 

“Mungkin dia sedikit emosi ketika disoal wartawan. Maklumlah orang sakit mudah sensitif. Baru-baru ini saya melawat dia, kami okey,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!