Pesara Cemas Jumpa Bom Mortar Di Bumbung Rumah

BUKIT MERTAJAM – Seorang pesara yang sedang membaiki bumbung rumahnya di Kampung Permatang Ara, Permatang Pasir, di sini, terkejut apabila menemui sebutir bom mortar di bumbung rumahnya, petang tadi.

 

Mengikut jirannya, mangsa yang cemas dengan penemuan itu kira-kira jam 6 petang, segera menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan kejadian berkenaan.

 

Jurucakap polis di tempat kejadian berkata, polis sudah menutup kawasan kejiranan itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

“Kita masih menunggu Unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut untuk tindakan lanjut,” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.