Nigeria Akan Wujudkan Kilang Senjata – Presiden

Nigeria – Nigeria akan mewujudkan sebuah kilang senjata domestik dalam usaha untuk mengurangkan pergantungan kepada import senjata, kata Presiden Muhammadu Buhari pada Jumaat.

 

Kementerian Pertahanan telah dimaklumkan bagi membangunkan rancangan untuk ‘kompleks perindustrian tentera’.

 

Nigeria telah bertarung dengan kumpulan militan Islam Boko Haram sejak enam tahun lepas.

 

Amerika Syarikat telah menolak untuk menjual senjata kepada Nigeria dengan memetik alasan pencabulan hak asasi manusia.

 

Presiden Buhari yang mula berkuasa pada bulan Mei menyatakan dalam kenyataannya, mereka mesti mengembangkan mekanisme untuk terus kekal stabil dari segi peralatan pertahanan yang biasanya diimport.

 

Dalam rangka lawatan ke Washington bulan lalu, Buhari berkata bahawa Amerika Syarikat telah ‘membantu dan bekerjasama’ dengan Boko Haram pada masa lalu dengan menolak untuk menjual senjata kepada Nigeria.

 

Satu undang-undang AS menghalang kerajaan daripada menjual senjata kepada negara-negara yang gagal menangani pencabulan hak asasi manusia.

 

Kini, hanya kilang senjata di bandar utara Kaduna menghasilkan senapang dan peralatan awam, jurucakap presiden Garba Shehu berkata kepada Reuters.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.