Jose Mourinho Kekal Pengurus Chelsea Untuk Empat Tahun Lagi

London – Jose Mourinho dilaporkan menandatangani kontrak baru selama empat tahun dengan Chelsea pada Jumaat.

 

The Blues mengumumkan perjanjian baru Mourinho tersebut bersempena perlawanan pembukaan Liga Perdana musim baru bertemu Swansea, pada malam ini.

 

Mourinho yang berada dalam musim kedua di Stamford Bridge, menerajui Chelsea memenangi Piala Capital One dan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

 

Perjanjian baru tersebut mengekalkan pengurus tersebut bersama Chelsea sehingga Jun 2019.

 

“Jika kelab gembira, saya juga gembira. Ini adalah satu perkara yang biasa bagi saya untuk menandatangani kontrak baru.

 

“Adalah penting kita mempunyai kesinambungan ini dan saya harap kita boleh menikmati lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, untuk peminat, pemain dan kelab,” kata pengurus berusia 52 tahun itu dalam laman web Chelsea.

 

Tambahnya lagi, beliau merasakan perasaan yang istimewa bersama kelab untuk dengan harapan akan kekal untuk satu tempoh masa yang panjang dalam kenyataannya yang dipetik daripada portal ESPN.

 

Mourinho melalui musim pertama sangat berjaya dengan Chelsea dari bulan Jun 2004 hingga September 2007, merampas gelaran Liga Perdana dalam dua musim pertamanya.

 

Gelaran juara Liga Perdana kali ketiga dirangkulnya bersama Chelsea dalam tempoh lima tahun, sejak 2009-10.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.