Dompet Bekas Tentera Dijumpai Selepas 70 Tahun Hilang

California – Seorang bekas tentera Amerika Syarikat bertemu semula dompet miliknya kembali selepas 70 tahun berlalu, apabila ia hilang semasa ketika lelaki tersebut masih berkhidmat di Austria pada akhir Perang Dunia Kedua.

 

Josef Ruckhofer, seorang pakar mata Austria, menemui dompet lama tersebut apabila mengubahsuai rumah ladang milik datuknya di Salzburg.

 

“Kami menggantikan beberapa lantai kayu. Tiba-tiba dompet ini dijumpai, sedikit rosak, tetapi dalam keadaan yang baik,” kata Dr Ruckhofer kepada akhbar Krone yang dipetik daripada The Telegraph.

 

Selain itu, dia mendapati dokumen pengenalan tentera yang mengesahkan dompet tersebut milik Eligio Ramos, yang dilahirkan di Texas pada tahun 1923, bersama-sama dengan gambar keluarga seorang wanita dan kanak-kanak.

 

“Ia adalah sesuatu yang istimewa menjumpainya,” kata Dr Ruckhofer.

 

Lelaki itu memutuskan untuk mencuba bagi mengesan pemilik dompet itu secara dalam talian.

 

“Memandangkan kita sedang memperingati ulang tahun ke-70 Perang Dunia Kedua tahun ini, saya fikir ia akan menjadi satu idea yang baik untuk mencari pemiliknya,” katanya kepada AFP.

 

Pada mulanya dia melakukan carian di sekitar Texas, namun gagal.

 

Tidak berputus asa, dia selanjutkan meluaskan pencariannya di seluruh Amerika Syarikat.

 

“Saya menemui satu petunjuk di California, dengan tahun kelahiran yang betul dan nama yang betul.

 

“Saya memutuskan untuk mencuba nasib dan menghantarkan pesanan kepadanya.”

 

Pencariannya berhasil apabila beliau menerima e-mel daripada anak Ramos lalu terus mengepos dompet tersebut ke Fresno.

 

Ramos kini berusia 91 tahun itu terharu apabila dompetnya kembali dijumpai, menurut radio tempatan California.

 

Katanya kepada radio ABC30, dia telah kehilangan dompet tersebut ketika menjadi tetamu di rumah ladang datuk Dr Ruckhofer yang berdekatan Salzburg, dan telah lama putus harapan untuk menjumpainya.

 

Segala kenangan dalam dompet tersebut akan disimpan sebagai koleksi keluarga mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.