De Gea ‘Tidak Sama’ Seperti Musim Lalu – Van Gaal

Manchester – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal tampil dengan kenyataan bahawa penjaga gol utamanya, David De Gea ‘tidak mampu’ beraksi pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham, malam ini.

 

De Gea, 24, dilaporkan mahu berpindah ke Real Madrid dengan spekulasi mengenai masa depannya yang berterusan sepanjang musim panas lapor BBC.

 

“Kami telah melihatnya dalam latihan dan perlawanan (pramusim), dia bukan David De Gea tahun lalu,” kata Van Gaal.

 

Pemain baru Sergio Romero, 28, Anders Lindegaard, 31, atau Sam Johnstone, 22, boleh menggantikan De Gea.

 

Lindegaard dan Johnstone turut sama dalam jelajah pramusim United di Amerika Syarikat, tetapi tidak diberi peluang bermain untuk United musim lalu.

 

Selain itu, United juga masih memiliki Victor Valdes, tetapi pemain Sepanyol berusia 33 tahun itu dilaporkan bersedia untuk dilepaskan selepas Van Gaal mendakwa beliau mahu diletakkan dalam senarai simpanan.

 

“De Gea cuba untuk beraksi dengan baik tetapi ia situasi yang sukar.

 

“Sekarang kita perlu bermain perlawanan pertama kami dan saya mahu pemain yang boleh memberi tumpuan hanya pada perlawanan itu dan dia tidak mampu untuk berbuat demikian,” kata Van Gaal.

 

De Gea telah membuat 175 penampilan sejak menyertai United pada tahun 2011.

 

United dipercayai merancang satu perjanjian yang membolehkan pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos datang ke Old Trafford.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.