Clare Rewcastle Brown Dalam Perhatian Polis 190 Negara

Kuala Lumpur – Clare Rewcastle Brown, salah seorang individu yang dikatakan bertanggungjawab dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan, kini merupakan individu yang dalam perhatian (POI) agensi pihak berkuasa di 190 negara.

 

Beliau hanya akan dibenarkan masuk ke negara anggota Interpol (polis antarabangsa) sekiranya mendapat kebenaran.

 

Ia juga bergantung kepada negara anggota sekiranya mereka mahu menahan beliau atas waran tangkap yang dikeluarkan oleh polis Malaysia.

 

Menurut sumber, pihak berkuasa sempadan boleh mengambil tindakan atas budi bicara sama ada membenarkan individu masuk melalui pintu masuk udara, jalan atau laut dengan memberikan status persona non grata.

 

Status POI diberi selepas ibu pejabat polis persekutuan memuat naik profil Clare di laman web Interpol yang boleh diakses oleh negara anggota baru-baru ini.

 

Waran dikeluarkan oleh mahkamah di Kuala Lumpur selepas polis mengesahkan dakwaan penglibatan Clare dalam konspirasi melampaui keraguan yang munasabah, dalam permohonan mereka.

 

Sementara itu jurucakap Suruhanjaya Tinggi United Kingdom di sini ketika menerangkan bagaimana pihak berkuasanya bertindak di atas waran tangkap berkata: “Kami memahami perkara ini. Kami tidak akan komen berkenaan kes individu.”

 

“Status POI ini merupakan fasa pertama dalam tindakan Interpol,” kata sumber.

 

Fasa kedua akan melibatkan gabungan polis antarabangsa yang berpangkalan di Lyon (Perancis) di mana mereka akan berbincang dan membuat keputusan kategori status Clare, dan kemungkinan besar beliau akan diletakkan di dalam kategori “Notis Amaran Merah.”

 

Polis persekutuan yakin mendapat kerjasama Interpol, susulan perbincangan antara Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan ketua setiausaha Interpol, Jurgen Stock dalam mesyuarat ketua polis Asean di Jakarta, Indonesia, minggu ini.

 

Sementara Clare masih lagi dalam status POI, Pejabat Peguam Negara, melalui Wisma Putra dijangka bekerjasama dengan Perkhidmataan Pendakwaaan Diraja (CPS) untuk meneruskan waran tangkap.

 

“Pihak polis boleh memohon persefahaman perundangan untuk hal-hal jenayah bagi membuat permohonan mahkamah di sana.”

 

Dalam prosiding mahkamah di London, Clare boleh menggunakan khidmat peguam bagi menolak permohonan ekstradisi.

 

“Ia mungkin proses yang panjang tetapi pihak berkuasa perlu mengikut prosedur ini.”

 

Sumber menambah, sebagai contoh pihak berkuasa Malaysia masih lagi menunggu kebenaran Vietnam untuk mengekstradisi lapan suspek yang mempunyai kaitan dengan rampasan kapal MT Orkim Harmony, Jun lalu.

 

Kapal itu membawa 6,000 metrik tan petrol bernilai RM21 juta ketika dilaporkan hilang dalam perjalanan dai Kuantan ke Melaka pada 11 Jun lalu.

 

Perampas berjaya melarikan kapal itu tetapi ia ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam dekat Tho Chu Island, di selatan negara itu pada 19 Jun.

 

Bulan lalu, pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke Hanoi untuk mengenalpasti keperluan proses mengekstradisi lapan suspek untuk didakwa di Malaysia.

 

Walaupun telah dapat cap dari, keputusan DNA dari suspek, analisis suara suspek dari telefon bimbit dan komunikasi satelit, mereka masih lagi menunggu keputusan terakhir daripada pihak berkuasa Vietnam.

 

Dalam satu kes tidak berkaitan, seorang suspek pengganas, dipercayai dari Iran, masih lagi ditahan di Malaysia kerana menunggu keputusan ekstradisi di sini berdasarkan permohonan Thailand.

 

Individu berkenaan dikatakan mempunyai kaitan dengan kes letupan Hari Valentine di Bangkok, Thailand, tiga tahun lalu.

 

Suspek ditahan di Kuala Lumpur dan ditahan di bawah Akta Imigresen atas tindakan keganasan di Bangkok, Thailand. Dua lagi yang dicari, ditahan di Bangkok.

 

Seorang ditahan ketika di lapangan terbang antarabangsa sementara seorang lagi kudung kedua-dua kakinya apabila bom yang dilemparkan ke arah polis melantun dan mengenainya lalu meletup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!