Charlie Hebdo Jadikan Penemuan Serpihan MH370 Bahan jenaka

PARIS – Akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo menjadikan berita penemuan serpihan pesawat malang MH370 sebagai bahan jenaka.

 

Menurut Express.co.uk, muka depan akhbar tersebut tertulis “Kami menjumpai serpihan juruterbang dan pramugari,”.charlei hebdo satira mh370

 

Muka depan akhbar tersebut didakwa mengejek penemuan serpihan pesawat MH370 baru-baru ini di pulau Reunion, Perancis.

 

Charlie Hebdo sebelum ini mengeluarkan muka depan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

 

Ahli agama Kristian, Pope juga pernah dijadikan subjek ejekan.

 

Majoriti pengguna internet mengecam tindakan Charlie Hebdo tersebut dan menyifatkan ia cuba mengganggu sensitivi rakyat dan negara Malaysia.

 

“Kebebasan bersuara? Menghina bangkai (serpihan) MH370 itu kebebasan bersuarakah?,” kata seorang pengguna laman mikro Twitter.

 

“Suka tarik perhatian. Sekarang guna MH370 sebagai modal jenaka. Tak ada otak. Tak ada keperimanusiaan!” kata seorang lagi pelayar.

 

Sebelum ini, pejabat Charlie Hebdo di Paris telah diserang dua lelaki bersenjata pada 7 Januari lepas.

 

Seramai 12 mangsa terbunuh dalam serangan tersebut.

 

Selepas serangan tersebut, seorang kartunis akhbar tersebut memaklumkan beliau tidak akan menghasilkan karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

 

“Saya tidak akan menghabiskan seumur hidup saya untuk melukis karikatur Nabi Muhammad SAW,” katanya menerusi wawancara bersama majalah Les Inrockuptibles pada Mei lepas. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.