Tiada Sambutan: Hanya 3 Hadir, Kempen Boikot McDonalds

Kuala Lumpur – Cuma tiga aktivis kelihatan mengadakan protes di luar dua premis McDonald’s di Kuala Lumpur hari ini ketika seruan boikot ke seluruh negara dilancarkan ekoran konflik Israel dan Gaza.

Dua peserta protes yang ditemui di luar restoran itu di Bangsar mendakwa “ratusan” orang yang bersimpati dengan rakyat Gaza merancang menyertai protes hari ini.

Bagiamanapun kata mereka, hasrat itu dibatalkan selepas melihat kehadiran polis di premis-premis rangkaian restoran itu.

“Sekurang-kurangnya dua ratus orang tak jadi datang apabila melihat lima orang polis yang berdiri dekat sini,” kata Amrayy Ahman, ahli NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Mereka meletakkan bendera Israel dengan tulisan “sila pijak bendera ini” dan “pijak – [selfie] kaki – share di FB” di atas lantai sebagai tanda protes.

Malaysiakini turut mengesan seorang lagi individu yang melakukan protes solo di restoran McDonald’s berhampiran Masjid Jamek selepas solat Jumaat petang ini.

Aktivis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Saiful berkata, beliau bukan dari mana-mana parti politik dan telah melakukan protes sama sepanjang minggu ini.

6 thoughts on “Tiada Sambutan: Hanya 3 Hadir, Kempen Boikot McDonalds

  • August 8, 2014 at 10:51 pm
    Permalink

    sorryla… protes or demo mcm gini mmg bukan cara islam. ikutlah cara n landasan yg betul x perlu smpi pijak bendera atau menghina. cr mcm tu xda beza pon… islam x ajar semua ni

    Reply
  • August 8, 2014 at 11:56 pm
    Permalink

    Kpala hotak ko!! Crita psl islam.. igt sikit yg dizalimi kt sana tu org islam!! Nk sori bkn cra islam.. tggi bebenor ilmu ko ni..

    Reply
    • August 9, 2014 at 4:27 am
      Permalink

      Elok boikot sahaja , x perlu nk berdemo sgt . Kunk nnti ad gak orang yg melebih2 smpai boikot pekerja skali . Kan x bodonye tu , menyusahkan orang . Skarang plak ad kes klau ad pelekat mcd kt keta cermin kne retak . Yang menyusahkan bangsa/rakyat sendiri apahal ? Golongan extremist tersangat bebal & bodo . Klau nk back up sgt yg dizalimi tu , sumbang derma kt tabung gaza + boikot + DOA . Xyh nk demo2 sgt . Tak membuahkan hasil langsung

      Reply
    • August 9, 2014 at 10:11 am
      Permalink

      ye kepala aku ade otak. sebab tu aku ckp cmtu.
      ko fikir org islam sana tp org islam sini bolehlah sakitkan hati bagai kan…
      aiyoooo

      Reply
  • August 9, 2014 at 6:23 am
    Permalink

    demonstrasi bukan ajaran ISLAM !!!

    Reply
  • August 9, 2014 at 10:23 am
    Permalink

    Jangan dok boycot masjid dah laaa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.