Rizab Antarabangsa BNM Cecah RM423.5 Bilion

Kuala Lumpur – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM423.5 bilion (US$131.8 bilion) pada 31 Julai 2014.

Sebahagian besar daripada jumlah itu membabitkan rizab mata wang asing, sebanyak US$120.4 bilion, kata BNM dalam satu kenyataan, Khamis.

Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai sembilan bulan import tertangguh dan 1.3 kali hutang luar jangka pendek, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.