Putera William Bakal Jadi juruterbang Ambulans Udara

London – Putera William akan menjadi juruterbang ambulans udara, selepas hampir setahun meninggalkan kerjaya sebagai juruterbang helikopter pencari dan penyelamat Tentera Udara Diraja (RAF), kata Istana Kensington dalam satu kenyataan, semalam.

Pewaris takhta diraja Britain yang berusia 32 tahun itu, akan memulakan latihan selama lima bulan mulai September ini bagi mendapatkan lesen juruterbang dan menyertai latihan perkhidmatan kecemasan.

Sekiranya berjaya, beliau akan menyertai sebuah syarikat ambulans udara, East Anglian Air Ambulance (EAAA) yang berpangkalan di Lapangan Terbang Cambridge, tahun depan.

Pendapatan daripada kerjaya tersebut akan didermakan kembali kepada EAAA. Lapangan terbang itu terletak tidak jauh dari kediaman baharu Anmer Hall di Norfolk yang menempatkan isterinya, Kate Middleton dan anak lelakinya, Putera George.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.