Port Dickson Dilanda Puting Beliung

Telok Kemang – Penduduk bandar Port Dickson di sini gempar apabila melihat pusaran angin yang kelihatan seperti puting beliung bergerak sekitar permukaan laut dalam kejadian pagi ini.

Kejadian itu berlaku bermula jam 7 pagi diikuti bunyi guruh dan hujan lebat pada jam 10.45 pagi.

Seorang penduduk, Zaidi Abdul Jalal, 34, berkata beliau terkejut apabila melihat kejadian itu di pantai Batu 2, Port Dickson pada jam 10.15 pagi.

“Saya tidak pasti dari mana ia datang tetapi puting beliung itu kemudian dilihat bergerak laju dan menuju ke arah pantai Batu 4 sebelum dilihat reda setengah jam kemudian. Ia tidak sampai ke tepi pantai,” tambahnya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Azreen Shamsudin, 24, berkata, beliau melihat kejadian luar biasa itu dari arah bandar Port Dickson pada 7 pagi dan bimbang keadaan itu mengundang bencana alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.