Obama Lulus Serangan Udara Ke Atas Iraq

Washington – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam meluluskan serangan udara tentera dilakukan ke atas Iraq bagi menghalang `pembunuhan kaum’ oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) terhadap kaum minoriti negara itu.

Beliau turut meluluskan penghantaran bantuan bekalan kemanusiaan untuk membantu kaum minoriti Iraq tersebut.

“Saya meluluskan serangan udara jika ia diperlukan untuk membantu tentera di Iraq ketika mereka cuba menumpaskan kemaraan puak militan dan melindungi penduduk awam di sana,’’ katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.