Isteri Ally Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Kuala Lumpur – Personaliti TV3, Ally Iskandar kini bergelar bapa apabila isterinya, Farah Lee selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor pada jam 9.09 malam tadi (Khamis).

Menurut laporan sebuah portal, Ally, 38 tahun ternyata begitu teruja dengan anugerah ini setelah berkahwin sejak 2012.

“Kehadiran cahaya mata sulung saya menyerikan rumah tangga serta mengeratkan ikatan ukhwah antara suami dan isteri serta keluarga,” ujar Ally.

Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli sepatutnya dijadualkan bersalin pada 30 Julai lalu namun terlambat beberapa hari dari tarikh jangkaan.

Berita kehamilan keduanya diketahui umum pada Januari lalu apabila dia sendiri menulis mengenai keterujaannya di laman sosial Facebook.

“Ini kandungan kedua selepas keguguran pada 15 April 2013,” tulisnya di laman Facebook setelah mengalami keguguran pada April 2013.

Terbaru, Farah sempat memuatnaik sekeping gambar bersama suaminya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Julai lalu.

“Tema raya kami tahun ni, tidak teruja sangat raya, lagi teruja nak dapat bayi. Jadi kami tiada baju raya pada tahun ini,” kongsinya di laman sosial Facebook.

Pasangan ini berkahwin pada 20 Januari 2012 dalam satu majlis di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

 

Baca: Ally Iskandar Tinggalkan Isteri Ketika Hendak Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.