Demi Allah Kami Tak Ada Niat Sumbang Duit Pada Israel

Kuala Lumpur – Kerana tidak tahan dilabelkan dengan pelbagai tuduhan dan kata-kata yang menguris perasaanya, seorang pekerja McDonald’s di Sabah yang dikenali sebagai Naimah Hamzai telah meluahkan isi hatinya melalui akaun facebook miliknya.

“Apa perasan kamu apabila digelar sebagai pekerja Israel?

“Hati saya macam dihiris-hiris (kerana) sakit dihina seperti itu” ujarnya sedih.

Menurut Naimah, hanya kerana kenyataan yang mengatakan McDonald menyumbang jutaan ringgit kepada Israel, masyarakat terus memboikot dan menghukum para pekerja permis tersebut.

“Janganlah sesuka hati menghina kami, (namun) berdoalah agar saudara sesama Islam kita di Gaza di lindungi dari kekejaman regim Zionis.

“Fikirkanlah hati dan perasan kami sebagai pekerja, kami hanya insan biasa yang ingin mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal.

“Demi Allah, kami tidak ada niat untuk menyumbang duit kepada Israel” ujarnya lagi.

Namun  ketika SuaraTV cuba membuka laman Facebook Naimah, akaunnya telah ditutup atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Topik mengenai boikot barangan Israel semakin hangat diperkatakan, termasuk kempen memboikot McDonald’s yang dijangka diadakan esok.

Malah sebelum ini, terdapat gesaan di laman media sosial untuk memboikot McDonald’s kerana dakwaan ia adalah penyokong Israel.

4 thoughts on “Demi Allah Kami Tak Ada Niat Sumbang Duit Pada Israel

  • August 8, 2014 at 4:48 pm
    Permalink

    bodo jugak minah ni. bab org kutuk kau pekerja israel tu aku x dpt kata apa. kadang2 org melayu bengong. tp bab kau kata coca cola la apa la. tu aku nk gtau 1 benda. org ramai DAH LAMA BOIKOT PRODUK TU. adik kau keja kuat sgt dlm gua ke smp x update ni. bingai.

    Reply
  • August 8, 2014 at 5:46 pm
    Permalink

    Minah tu cakap elok je, yang ko ni pulak perangai Israel maki hamun tu dah kenapa?.. Gi makan ubat..

    Reply
  • August 8, 2014 at 8:54 pm
    Permalink

    Nak boikot, boikot jelah. Tak perlu hina. Yang betulnya boikot ni orang diam diam je pergi kat masjid penuhkan masjid bukannya berdemo nak sedarkan orang.

    Reply
  • August 10, 2014 at 10:18 pm
    Permalink

    terlebih dahulu saya ingin ucap selamat hari raya aidil fitri,maaf zahir dan batin.dalam hal begini saudari harus bersabar.sesungguh nya allah maha mengetahui.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.