DAP Menentang ‘Kerajaan Islam’ Di Selangor – Khalid Ibrahim

Shah Alam – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam ini menuduh DAP sebagai menentang “kerajaan Islam adil dan amanah” pimpinan beliau selepas parti itu dikatakan akur dengan keputusan PKR mahukan Khalid berundur.

“Saya cuba untuk jalankan tugas dengan baik dan bertanggung jawab seperti yang disyariatkan Islam dan diharapkan rakyat Selangor,” kata Menteri Besar itu.

“Saya buktikan (pimpinan Islam) ….., walaupun DAP kata kita tak betul malah kerajaan yang dipimpin Islam tak amanah dan tipu,” kata Khalid di majlis Solat Hajat Perdana di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Khalid berkata walaupun DAP mengambil pendirian sebegitu, ” hakikatnya orang bukan Islam lebih gemar kita mentadbir mereka,” katanya di majlis berkenaan yang bertemakan “Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah” di sini,

Ini kali pertama Khalid “menyerang” DAP secara terbuka dan menggunakan sentimen anti-Islam terhadap parti itu sejak kemelut mengenai kedudukannya sebagai menteri besar tercetus.

Serangan politik itu dibuat susulan keputusan DAP menyokong tindakan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.

PKR mendakwa Khalid tidak lagi berwibawa memegang jawatan itu dan MB itu kini berhadapan tindakan displin termasuk kemungkinan dipecat daripada parti yang disertainya tujuh tahun lalu.

 

9 thoughts on “DAP Menentang ‘Kerajaan Islam’ Di Selangor – Khalid Ibrahim

  • August 8, 2014 at 4:33 pm
    Permalink

    Saya sokong Tan Seri Abdul Khalid sebagai MB.

    Reply
  • August 8, 2014 at 6:13 pm
    Permalink

    Sudah terang lagi bersuluh….DAP sememangnya tidak hormat langsung Islam apatah lagi muslims. Dasarnya adalah untuk jadi tuan kepada orang2 melayu/pribumi…..macam jiran sebelah barat kita. Itu pun Mat Sabu tak faham2 lagi. Dapat gaji best terus mat sabu tak berani dgn LGE & DAP.

    Reply
  • August 8, 2014 at 6:33 pm
    Permalink

    Dah terang dari dulu memang DAP tidak suka bertuankan melayu, mereka hendak menjadi tuan dibumi kita !.

    Reply
  • August 8, 2014 at 11:24 pm
    Permalink

    Apa saja kepimpinan yg media barat tak suka, kemungkinan besar ia baik utk kita. Apa saja yg DAP x suka, rasa2 dah tentu baik utk umat Islam di Malaysia.

    Reply
  • August 9, 2014 at 7:06 am
    Permalink

    DAP adalah musuh Islam/Melayu yang terang dan nyata.Diharapkan semoga penyatuan UMNO-PAS sebagai kerajaan Selangor menjadi kenyataan.Aamiin…..

    Reply
  • August 9, 2014 at 11:13 am
    Permalink

    Syiar Islam berpuluh tahun di Malaysia, secubit pun tiada terasa di dalam hati mereka mengakui Islam agama sebenar dunia akhirat, maka tak mustahillah akan memenangkan Melayu Islam lelaki mengekalkan jawatan MB Selangor sbb payah nak dimakan. Pimpinan PKR terlalai dalam hal ini, moga cepatlah tersedar dari tidur.

    Reply
  • August 9, 2014 at 10:36 pm
    Permalink

    JIKA ORANG MELAYU MASIH LAGI BERSENGKETA, GILA KUASA , TAMAK WANG RINGGIT …MAKA TIDAK MUSTAHIL ORANG MELAYU AKAN MUNDUR DAN MENJADI KULI SELAMA-LAMANYA DI BUMI SENDIRI. BERSATULAH ORANG MELAYU DENGAN MEMBINA BENTENG YANG KUKUH UNTUK KESINAMBUNGAN GENERASI DI MASA AKAN DATANG..

    Reply
  • August 10, 2014 at 4:33 pm
    Permalink

    saya rakyat pulau pinang yang telah hilang hak keislaman saya disini.betul beliau lge {tokong kecik} membeli kepercayaan dari pkr dengan menambah peruntukan wang kepada MAIPP itu saja.lihat sekeliling pulau pinang sekarang melayu secara sistematik dihalau dari tempat asal mereka dan digantikan dengan bangunan untuk kaum higher dan middle class yang mereka percaya akan menyokong mereka menjadikan pulau pinang sebuah republik. usul ini akan dibawa selepas mereka memiliki keseluruhan kepercayaan masyarakan middle class ini. tiada perancangan untuk kekalkan sebagai masayarakat entik peribumi hanya masyarakat prabumi saja. malangnya sebahagian besar penyokongnya adalah ahli pkr yang taksub dengan lge
    sehingga membelakang intipati perjuangan islam sebenar demi mankloki negri pp.

    Reply
  • August 10, 2014 at 9:09 pm
    Permalink

    Saya sudah lama perkara ini berlaku… tapi semuanya takut dgn bayang2 sendiri hingga takut mendedahkan perkara sebenar. Begitulah manusia… bila dah jatuh mula nak bongkar rahsia ketua pemimpin mereka. Politik Malaysia penuh muslihat, ada yg tikam dari belakang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.