Bapa Zahid Hamidi Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Bapa kepada Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid dilaporkan meninggal pada usia 91 tahun sebentar tadi setelah empat bulan mendapatkan rawatan akibat sakit tua.

Menurut pegawai beliau yang dihubungi Suara TV sebentar tadi, allahyarham Haji Raden Hamidi Abdul Fatah disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 petang tadi di Hospital Angkatan Tentera, Tengku Mizan, Wangsa Maju.

Jenazah allahyarham akan di bawa pulang ke Bagan Datoh seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Nipah Darat Rungkup pada esok pagi bersebelahan pusara isterinya, Tuminah Abdul Jalil yang meninggal dunia pada 2011.

Menurutnya lagi majlis meraikan perkahwinan anak lelaki Zahid yang sepatutnya diadakan pada malam di Dewan Tun Razak, PWTC akan diteruskan  dengan majlis tahlil.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.