Anwar Ibrahim Anggap Dirinya Nabi, Khalid Ibrahim Dajal

Kuala Lumpur – Mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan mengapa baru sekarang Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor.

Beliau juga mempersoalkan tindakan PKR serta Pakatan Rakyat (PR) yang sanggup membutakan mata dan membisu seribu bahasa selama ini sedangkan perkara itu telah lama berlaku.

“Ini suatu bukti jelas bahawa PR atau PKR sanggup menutup pekong untuk berkuasa dan mengekalkan kuasa.

“Tangan yang menuding jari kepada pihak lain sebagai rasuah rupa-rupanya berlumuran dengan najis,” katanya dalam entri terbaru di blognya.

Menurut Zainuddin lagi, pendedahan ini tentunya dilakukan dengan arahan dari Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR oleh kerana penderhakaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap parti telah menjadi soal hidup dan mati Anwar Ibrahim serta menjadikan masa depan PR gelap.

Zainuddin juga menyatakan bahawa pendedahan mengenai salah laku Menteri Besar Selangor itu bertujuan untuk memberi mesej kepada PAS, khususnya Hadi Awang juga kepada UMNO supaya tidak menerima atau menyokong Khalid sebagai Menteri Besar kerana Khalid kotor dan tidak sebersih yang digambarkan.

Mengakhiri penulisannya dalam blog tersebut, Zainuddin menegaskan bahawa Anwar percaya bahawa orang tetap anggapnya sebagai nabi dan Khalid Ibrahim sebagai dajal.

Sebelum ini, Saifuddin dedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa Khalid antaranya mengenai isu penyelesaian hutang dengan Bank Islam berjumlah RM66.67 juta bagi pembelian saham Guthrie ketika menjadi ketua eksekutif kumpulan terbabit dan juga berkaitan isu penjualan sebidang tanah di Selangor dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Laporan media juga menyatakan bahawa Khalid berkemungkinan akan dipecat dari PKR jika tidak menjawab surat tunjuk sebab mengapa beliau tidak meletakan jawatan seperti arahan parti yang diterimanya dari Lembaga Displin PKR dengan tempoh tiga hari .

Disamping itu Anwar dalam satu kenyataannya sebelum ini mengistiharkan kesediaan PR menghadapi pilihanraya negeri jika perlu. Beliau yakin akan mendapat sokongan penuh rakyat.

Berikut adalah artikel pernuh tulisan beliau itu:

 

KENAAPA ” KEKOTORAN” KHALID IBRAHIM BARU SEKARANG DIDEDAHKAN ?

PAS: TINDAKAN TERHADAP KHALID ZALIM
TERKINI: Khalid Ibrahim berkemungkinan akan dipecat dari PKR jika tidak menjawab surat tunjuk sebab mengapa beliau tidak meletakan jawatan MB atas arahan parti yang di terimanya dari Lembaga Displin PKR hari ini dengan tempoh menjawabnya dalam masa tiga hari . Disamping itu Pemimpin Agung PR Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini mengistiharkan kesediaan PR menghadapi pilihanraya negeri jika dipanggil pada bila -bila masa. Beliau yakin akan mendapat sokongan penuh rakyat.

 

KENAAPA ………..

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, diantaranya mengenai penyelesaian hutang dengan Bank Islam sebesar RM66,67 juta bagi pembelian saham Guthrie ketika menjadi ketua eksekutifnya dan juga penjualan sebidang tanah di Selangor dengan harga lebih rendah dari harga pasaran.

Soalnnya ialah kenaapa sekarang? Kenaapa PKR dan PR sanggup membutakan mata membisu seribu bahasa selama ini sedangkan pekara itu telah lama berlaku dan di ketahui umum?. Ini suatu bukti jelas bahawa PR atau PKR sanggup menutop pekong untuk berkuasa dan mengekalkan kuasa. Tangan yang menuding jari kepada pihak lain sebagai rasuah rupa-rupanya berlumuran dengan najis.

Pendedahan ini tentunya dengan arahan dari Pemimpin Agung PR Anwar Ibrahim oleh kerana penderhakaan Khalid terhadap parti telah menjadi soal hidup dan mati Anwar Ibrahim dan masa depan yang gelap bagi PR. Selain dari itu adalah untuk memberikan mesej kepada PAS khususnya presiden Haji Hadi dan UMNO agar jangan menerima Khalid sebagai MB kerana dia kotor dantidak sebersih yang digambarkan.?

Anwar penuh percaya bahawa orang tetap anggapanya sebagai nabi dan Khalid Ibrahim sebagai dajal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.