Saya bukan jenis cium tangan Zahid untuk kekal jawatan, dapat gaji, projek, imbuhan duniawi- Tun Faisal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas kenyataan Datuk Puad Zarkashi kononnya beliau seriau apabila Bersatu Port Dickson meluluskan usul supaya Datuk Seri Hamzah Zainudin mengambil alih tugas mengepalai parti itu manakala penyandang jawatan presiden sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai penasihat.

Tegas Tun Faisal, beliau bukan seperti Puad dan Datuk Lokman Adam yang tidak tetap pendirian.

“Puad Zarkashi kata saya seriau. Sejak bila pulalah saya seriau, saya bukan macam Puad dan Lokman, hari ni cakap lain, esok dah jadi lain. Dulu lawan (Datuk Seri) Anwar dan DAP, dulu Anwar peliwat, DAP ni rasis dan cauvinis, sekarang dah boleh sokong bekas banduan.

“Saya bukan macam makhluk yang letak jawatan Ketua Pengarah Jasa dan sampai hendak bertanding sebagai calon Bebas sebab tidak dinamakan sebagai calon dalam pilihan raya.

“Saya bukan jenis yang sanggup cium tangan (Datuk Seri) Zahid untuk kekalkan jawatan, dapat gaji, dapat projek, dapat imbuhan duniawi seperti mereka yang sokong dia.

“Kalau saya takut hilang jawatan, takut hilang pendapatan, takut tak dapat projek, takut tak dapat jadi calon, saya tak akan lawan Zahid yang telah mengkhianati dasar parti No Anwar, No DAP dan menjadi salah satu punca yang mengakibatkan Umno kalah teruk dalam PRU15 dan PRN 6 negeri.

“Ingat ya, saya bukan Puad atau Lokman atau Zahid. Saya konsisten sejak dulu lagi,” ujarnya.

Puad sebelum itu berkata, Tun Faisal berkata majoriti akar umbi parti menyokong Muhyiddin.

Tetapi katanya, Bersatu Port Dickson telah buka “kotak pandora” apabila mereka mahu Hamzah ganti Muhyiddin.

“Sudah pasti orang macam Tun Faisal seriau. Hamzah dan (Datuk Seri) Azmin Ali bukan kecil anak. Semua ada pengalaman buat kerja senyap senyap termasuk “Sheraton Move”. Macam (Datuk Seri) Rafizi kena game.

“Muhyiddin pun bukan lagi ketua yang efektif. Kes mahkamahnya banyak. Menantunya orang buruan. Sebab itu dia hilang fokus dan orang lain ambil kesempatan,” dakwa Puad.

Terdahulu, Bersatu Port Dickson meluluskan usul supaya Hamzah mengambil alih tugas mengepalai parti itu manakala Muhyiddin dilantik sebagai penasihat.

Timbalan Ketua Bersatu Port Dickson Akkil Aizat Othman turut mendakwa barisan kepimpinan semasa parti itu dianggap gagal menangani isu rakyat.

Menggunakan analogi perlawanan badminton, dia berkata, keadaan yang berlaku sekarang kira-kira sama dengan pemain melakukan servis yang tidak betul menyebabkan bulu tangkis jatuh ke tepi gelanggang, sekali gus memberikan mata kepada pihak lawan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat