Zainuddin Maidin Ada Agenda Tersirat Bila Gesa Tutup Sekolah Tahfiz – Mustapha

Tindakan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan kerajaan menutup sekolah tahfiz seolah-olah mempunyai agenda tersirat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Mustapha Nagoor, perkara tersebut juga tidak seharusnya dibangkitkan apatah lagi oleh seseorang yang beragama Islam seperti Zainuddin.

Tambahan pula katanya, soal mendapatkan pendidikan adalah hak individu yang tidak bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya nampak macam ada agenda lain di sebalik gesaan ini. Saya tak dapat baca apa yang tersirat ini. Kalau ikut dari segi hukum akalnya, mana-mana orang Islam sekalipun tidak akan gesa perkara sedemikian.

“Sebab soal ilmu dan pendidikan ini adalah hak individu samada nak belajar agama atau sebagainya. Ia tidak menjadi perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Jadi di mana logiknya dia nak suruh menteri tutup sekolah tahfiz.

“Jadi seolah-olah ada agenda tersembunyi di belakang dia yang saya tak tau apa sebenarnya,” katanya ketika dihubungi oleh BNBBC.my portal, Ahad.

Berita Berkaitan;-

Zainuddin Maidin Ulang Desakan Tutup Sekolah Tahfiz

Tangkap Pengetua, Haramkan Sekolah Tahfiz, Kata Zainuddin Maidin

Dakwa BN Boros Bantu Rakyat, Mahathir Tetap Dengan Keputusan Mansuh Elaun Sara Hidup Nelayan

Cadangan Zainuddin Maidin Minta Tutup Semua Tahfiz Swasta Jumud, Beremosi

Zainuddin Maidin Diminta Berhenti Tulis Seperti Orang `Tidak Waras’

Menjelaskan fahaman liberal sememangnya sudah wujud di Malaysia, justeru beliau menyeru majoriti masyarakat Islam supaya menyatakan bantahan untuk membendung perkara yang seumpama dengan kenyataan Zainuddin daripada berulang di masa hadapan.

“Sebenarnya masyarakat Islam yang berfahaman liberal ini memang sudah ada di Malaysia. Ianya akan mendapat respon sekiranya majoriti rakyat Malaysia menolak dan mengecam perkara itu.

“Kalau majoriti memilih untuk berdiam diri, maka pada masa akan datang akan lebih banyak lagi kenyataan seperti ini akan keluar. Tetapi sekiranya majoriti masyarakat Islam menyatakan bantahan, maka ini akan dapat membendung perkara sebegini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam menerusi blognya yang meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) yang baru Datuk Mujahid Yusof Rawa untuk menutup sekolah tahfiz sebagai usaha membawa keluar umat Islam daripada ‘amalan agama jumud’. – Bnbbc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.