Selepas 28 Tahun England Akhirnya Mara Ke Separuh Akhir Piala Dunia

SAMARA – England mara ke separuh akhir Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 28 tahun selepas tandukan Harry Maguire dan Dele Alli memberikan kemenangan 2-0 ke atas Sweden malam tadi.

Bek tengah, Maguire memanfaatkan sepakan sudut Ashley Young untuk meledak gol antarabangsa pertamanya selepas 30 minit permainan yang dikuasai England.

Penjaga gol England, Jordan Pickford beraksi cemerlang menyelamatkan dua percubaan Marcus Berg, dan Viktor Claesson selepas rehat tetapi England ternyata pasukan lebih baik pada perlawanan itu.

Alli memastikan England selesa dengan kelebihan dua gol apabila menanduk hantaran lintang Jesse Lingard pada minit ke-59.

England mara ke separuh akhir pada edisi 1966 di mana mereka meraih kejuaraan pertama di Piala Dunia, dan sekali lagi pada tahun 1990.

England akan bertemu pemenang antara Russia dan Croatia di separuh akhir. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.